Sunday, December 28, 2008

awal muharram

Alhamdulillah hari ini adalah malam tahun baru islam. Aku menyambutnya dengan cara yang kurang islamik. Aku tetap membaca doa akhir tahun dan awal tahun tapi dalam versi ku sendiri dan di dalam hati. Tapi yang agak kurang senang pada diriku adalah kerana terlalu melayani kehendak anak2 ku yang ingin menonton wayang.... aduuuhhhhh . aper nih awal muharram di sambut di panggung wayang? MasyaAllah.

Wayang melayu bertajuk brainscan tuh bermula pada pukul 7.00 mlm (masa2 lain dah terlepas, tayangan pukul 9 terlalu lewat ). Aduuuhhhhh, camner nih, takkan na burn sembahyang yang pastinya sesuatu yang menjadi pantang tok nenek aku. So aku bertanya di kaunter sama ada panggung akan ditutup, tidak jawabnya, kalau macam tuh aku putuskan untuk masuk selepas mengerjakan sembahyang maghrib. Cuma aku benarkan isteri (yang uzur ) dan anak2 untuk masuk terlebih dahulu. Alhamdulillah, solat ditunaikan secara berjamaah berimamkan seorang anak muda yang bersuara lunak yang pada hematku adalah pelajar sekolah agama. Alhamdulillah. Apabila keluar dari panggung, ku lihat ada bermacam 2 manusia yang keluar dari pangung2 tuh. Hemmmmm aku melihat ada dua kelompok manusia, ada yang bersolat dulu (sebab bukan aku sorg yang masuk lewat) dan ada yang memandang solat sebagai sesuatu perkara yang ringan. Masya Allah. Aku juga melihat pelbagai perwatakan manusia... hemmmm siapalah aku untuk membuat penilaian, sebab hanya Allah yang Maha Mengetahui penghujung hayat manusia, mungkin insan berdosa di saat ini adalah yang lebih mulia dari aku sipenulis di hujung nyawaku. Semoga Allah memberi hidayah kepada aku dan mereka dan seluruh umat manusia.

Tuesday, December 23, 2008

Imam mahdi

Hari nih aku surf internet untuk mencari sedikit info tentang imam mahdi. Agak rancang perbincangan tentang imam mahdi. Ada dari sudut sunni, syiah dan fahaman2 salah. Tapi yang menariknya ada juga dibincangkan tarikh kelahiran dan juga pengisytiharan kewujudannya. Ada juga yang mengeluarkan teorinya yang dia dilahirkan di Malaysia dan berketurunan darah campuran melayu dan arab (ish ish ish boleh cayaker?). Tapi yang agak menariknya ada beberapa sumber dari internet (termasuk dari website Harun yahya) dan yang aku dengar mengatakan bahwa Imam Mahdi telah pun wujud di bumi ini. Hanya menunggu masa yang ditetapkan oleh Allah untuk mengisytiharkan dirinya. Banyak juga website yang membuat ramalan yang pengisytiharan itu pada 2012. Wallahua'lam. Aku tak kisah. bila imam mahdi muncul bagi aku (untuk aku) tidak penting. Yang penting ialah adakah bagaimana hubungan kita dengan Allah. Jika dia muncul , pastinya kita akan bersamanya dan berdiri teguh kalau kita mempunyai hubungan baik dengan Allah. Jika sebaliknya, pastilah kita menjadi puak penentangnya (nauzubillahi min zalik). Dan juga yang lebih penting , mampukah aku untuk menangkis segala cubaan dan dugaan yang mendatang terutamanya si laknat Dajal? sebab tu aku tidak kisah bila Imam Mahdi muncul. Yang penting adalah hubungan aku dengan Allah.

Ya Allah engkau teguhkanlah Imanku . Engkau lindungilah aku dari pujukan nafsu, syaitan dan jugaan cubaan si dajal. ANdai kata Imam Mahdi muncul di saat aku masih hidup, Engkau jadikanlah aku sebagai pengikut setianya , yang senantiasa bersamanya menegakkan agama mu di muka bumi ini sama ada sehingga aku gugur syahid atau aku mencapai kemenangan bersama Imam Mahdi... Amin Ya Allah

Monday, December 22, 2008

Sunway pyramid dan krismas

Sambungan dari lawatan ke sunway semalam. Semasa di Sunway pyramid semalam, aku rasa seperti berjalan di UK (terkenang masa belajar dulu). Mana taknya , Tahap pemakaian para pengunjungnya ...alahai..... memang menggugat keimanan. Entahlah, Alhamdulillah, aku pun tak tahu macam mana tiba2 Allah bagi hidayah untuk aku menjaga pandangan mataku. Tapi bayangkan, agak payah untuk melarikan mata dari pandangan yang harus di jaga. Tapi Alhamdulillah setiap pandangan yang tidak wajar tapi di haruskan syara' (sekadar memandang dalam keadaan perlu sahaja (yerlah kalau tak nak berjalan macam mana, sekadar kali pertama atau tidak sengaja) mampu mentarbiahkan hati ini dan hati ini merasa ni'mat iman. Benarlah, jika kita menjaga pandangan, nescaya Allah akan mengurniakan keni'matan iman dalam hati. Ya Allah, perasaan itu bukanlah menjadi kebiasaan aku. Iman aku banyak saat turunnya berbanding ketika ia naik. Ya Allah Ampunilah dosa2ku, engkau cabutlah nyawaku di saat engkau ridha padaku. Engkau mudahkanlah sakaratku. Jadikanlah kuburku adalah merupakan salah satu taman2 syurga dan bukannya lubang-lubang neraka. Ya Allah mudahkanlah hari mahsyar buatku, mizanku. Jadikanlah aku ashabul yamin. Mudahkanlah aku melintas titian sirat mu. Amin.... ya Rabal alamin..

Saturday, December 20, 2008

Di antara kasih seorang ayah dan pegangan agama

Hari ini aku ke sunway pyramid (SP)....ade urusan sambil gi shopping. Takderlah sakan sekadar window shopping : ) . Hari nih, Suasana di SP cukup meriah , terutamanya ia dihiasi indah dengan pelbagai hiasan yang bertemakan Christmas. Anak2ku memohon simpatiku untuk mengambil gambar bersama Santa Claus..... aduuuhhhh deep down dalam hati aku tak berapa suka. Yerlah bergambar dengan ikon kepada satu ajaran selain Islam. Tapi takpalah..... Kemudian timbul lagi satu konflik.... alahai dapat gula2...... yang takda tanda halal. Aku agak particular dalam hal Halal dan tanda logo Halal. Pernah aku suruh isteriku untuk menghadiahkan Pil vitamin untuk kanak-kanak yang tidak bertanda logo halal kepada non muslim. Isteriku memberi alasan yang penjual (beragama Islam ) mengatakan pil itu halal dan tiada tanda halal kerana ia bukan berbentuk cecair atau kapsul. Bagi keluaran dalam bentuk cecair, kapsul dan pastil ....untuk keluaran syarikat tersebut memang ada tanda halal. Jawapan aku ringkas, syarikat yang terkenal itu sepatutnya turut melabelkan tanda halal kepada produk pil tersebut. Hatta ubat gigi pun ada tanda halal sekarang nih, apatah lagi sesuatu untuk di telan. Kasihan isteriku. Tapi dia mengikut nasihatku... Aku tahu dia sayangkan aku. ... I love my wife .. Pn. R..... . Nanti aku tulis tribute untuk die....masa depan.


Berbalik kepada gula2 tadi, anak aku dah excited untuk makan. Perlahan2 aku pujuk anak2 ku. Isteriku juga turut memujuk dan akhirnya pujukan kami berjaya dengan syarat ia akan diganti dengan mainan dan gula2 lain. Alhamdulillah. Mungkin bunyi nya seolah2 aku ini ekstrim, tapi aku tidak dapat lupakan bagaimana kisah saidina Abu Bakar yang sanggup memuntahkan makanan yang di hidangkan oleh seseorang bekas tukang tilik dan juga kisah Umar Ibn Abd Aziz yang merampas epal dari tangan anak tersayang , kerana epal itu adalah harta rampasan perang


wallahua'lam

Tuesday, December 16, 2008

derma organ

Alhamdulillah aku baru saja menghantar borang memberi kebenaran pengambilan organ kepada pusat transplan nasional. Borang ini merupakan satu surat kebenaran kepada pihak hospital untuk mengambil organ2 tertentu selepas kematianku. Sebelum membuat keputusan, aku meninjau pelbagai pandangan ulama' dalam hal ini dan enam blog yang menjadi rujukan utamaku adalah laman web pusat transplan nasional http://www.agiftoflife.gov.my/ ,  laman web saifulislam http://saifulislam.com/?p=518 , laman web soal jawab JAKIM http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/326e4a566d01d58b4825739000613978?OpenDocument , ustaz zaharudin http://www.zaharuddin.net/content/view/183/90/
laman web Dr. Asri http://drmaza.com/home/?p=76  dan juga bicara muslim http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=21&t=6206&start=0&st=0&sk=t&sd=a

Sebelum mengisi dan menghantar borang tersebut, dan setelah meneliti pelbagai blog dan website yang berkaitan, masih tiada satu pun yang mampu menjawab dengan hujah yang tepat berkaitan dengan adakah mayat akan terseksa dalam proses pembedahan pemerolehan organ tersebut. Tapi aku bulatkan nekad, biarpun isu seksa mayat tetap menjadi kerisauan, tapi aku percaya Allah Azzawajalla pasti mengurniakan amalan itu dengan pahala dan sekurang2nya aku boleh berbangga dengan pengorbanan aku di hari pembalasan besok. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rahim? Aku berserah dan Bertawakkal kepada Allah , kepada siapakah organ itu akan di dermakan, cuma aku berharap sesiapa sahaj yang mendapat organku akan lebih menghargai kehidupan mereka. Dan aku berdoa agar organ2 aku dipindahkan kepada orang2 yang dapat membantu Agama Allah..... amin.... tapi jika ia diperolehi kepada orang2 bukan Islam sekalipun, aku tak kisah sebabnya Allah pasti tetap mengurniakan pahala. Mungkin ia menjadi asbab hidayah kepada penerima?atau pembaca ceritera pendermaan itu? Bukankah tersohor kisah seorang perempuan lacur masuk ke syurga hanyalah kerana memberi minum seekor anjing?

di kesempatan ini saya menyeru pembaca blog ini untuk sama2 menderma organ moga Allah menjadikan amalan ini menjadi asbab hidayah seluruh ummat dan juga dapat menjadikan kita semua ashabul yamin ,........ amin

Friday, December 12, 2008

Khutbah Jumaat 12 12 2008

Imam menekankan tentang peri pentingnya melihat Islam sebagai agam yang turut mementingkan kehidupan duniawi tapi mestilah berpandukan dan berpaksikan kepada iman dan syariat Islam. Ini ditekankan dalam pelbagai hadis dan juga petikan ayat Al quran tentang kepentingan untuk mengimarahkan kehidupan di dunia ini.

Thursday, December 11, 2008

Matinya seekor lotong (sejenis kera)

Hari nih, dengan tidak sengaja aku terlanggar seekor lotong di jalan kuala krai - gua musang. Kalau tidak silap aku, kepala lotong itu terputus dan mati serta merta. Aku tidak sengaja, aku betul2 tidak nampak yang lotong itu akan melintas jalan.

Aku betul2 rasa bersalah. Hati aku sebak mengenangkan nasib si lotong itu. Hati aku bertambah sayu apabila mengenang saat kematianku sendiri. Sekurang2 nya si lotong itu mati dan di akhirat besok, dia tidak perlu berhadapan dengan Allah azzawajalla. Dia tidak perlu berdepan dengan azab kubur, Mahsyar, hisab, mizan mahupun titian Sirat. Kaki, tangan dan anggota lain tidak di minta menjadi saksi kepada kekejaman dan kezaliman diri. Dosa dan pahala tidak di hitung.

Semoga Allah merahmati aku, isteriku, anak2ku, kaum keluarga kami, kaum kerabat kami, sahabat handai kami, org2 yang kami kenal, para pembaca blog ini dan seluruh umat nabi Muhammad S.A.W. dan melindungi kita semua dari murka Nya. Amin.

Tazkiratunnafsi: pengenalan

Blog ini adalah satu blog berkaitan dengan luahan hati dan jiwa serta kesimpulan yang diperolehi dari ceramah2 agama yang di dengar.