Wednesday, January 7, 2009

Ubat batuk halal

Aku dah dua tiga hari batuk. Masa mula-mula ada simpton, terus aku ke kedai berdekatan untuk beli ubat batuk. Tapi malangnya takda satu pun yang bercop halal. Perkara ini ku ajukan kepada isteri tersayang. Isteri ku tertawa dan menyatakan ubat batuk tiada tanda halal. Macam tu ke? kalau macam tuh esok abang pegi beli berdasarkan ingredients yang paling tak meragukan. Dua tiga hari, masih belum berbeli. Tapi alhamdulillah hari nih aku berkesempatan ke Farmasi Guardian. Aku betul2 bersyukur kerana masalah yang membelengu itu terungkai apabila terdapat satu ubat batuk keluaran org Islam (mungkin kesilapan fakta, Hurix bukan keluaran bumiputra dan berkemungkinan besar bukan islam (tapi takder maklumat sahih pesal muslim atau bukan dari website hurix) , sorry terlepas pandang, sila baca komen oleh yana, thanks yana) berada di sana. HURIX"s adalah ubat batuk sirap dengan gamat beserta campuran madu. Alang2 berada disitu terus ku tinjau pil2 vitamin. Sekali lagi aku mengucap syukur kerana telah banyak pil2 vitamin yang bercop halal. Ku ambil satu dari keluaran tempatan Safwa namanya. Pembelian ubat2an ini membantu untuk memulih kesihatan (InsyaAllah) berserta dengan sedikit amal bakti membantu syarikat seagama. Ini juga satu bentuk sokongan kempen pemulauan barangan Israel (yang aku ragu keberkesanannya).

Ya Allah engkau kurniakanlah taraf syahid kepada saudara seagamaku yang gugur di Palestin. Engkau kuatkanlah iman mereka terutamanya yang ditahan dan diseksa oleh rejim yahudi .Engkau berikanlah kemenangan di dunia dan juga di akhirat kepada mereka semua dan seluruh umat islam di seluruh dunia. Amin

5 comments:

  1. hurix keluaran syarikat org islam ke? bukan chinese? sila rujuk website ni... http://www.jinbincorp.com/main.htm
    tp tu la, at least bukan product keluaran israel..

    ReplyDelete
  2. thanks yani for the info.... terlepas pandang

    ReplyDelete
  3. ada sesiapa tahu tentang status halal bagi ubat batuk cap ibu dan anak?

    ReplyDelete