Thursday, February 26, 2009

tulang syuhada' palestin berbau wangi-hmetro 26/2/2009

Tulang bau wangi


Oleh Helmy Abd Rahman

helmy@hmetro.com.my

PENGALAMAN...Tun Izhar (kanan) menerangkan gambar yang dirakam

kepada Noorizah.


SUNGAI BULOH: Pengalaman menyaksikan sendiri serpihan daging dan tulang rakyat Palestin yang terlekat di dinding bangunan akibat dibom tentera rejim Zionis menjadi detik paling sukar dilupakan jurufoto The New Straits Times Press (NSTP) Berhad, Tun Izhar Tun Ishak yang berkesempatan membuat liputan secara dekat untuk melihat penderitaan rakyat Palestin di Gaza, baru-baru ini.

“Mulanya ngeri juga melihat daging dan tulang yang sengaja tidak dicuci penduduk tempatan. Bagaimanapun, perasaan saya bertukar daripada ngeri menjadi terharu sebaik melihat dari dekat mayat terbabit.

“Ajaibnya, tulang yang terlekat itu langsung tidak berbau busuk, malah mengeluarkan bau wangi. Mungkin mereka ini termasuk golongan syahid yang dijanjikan syurga.

“Selain itu, satu lagi pengalaman tidak dilupakan apabila terlihat kesan comot seolah-olah palitan coklat pada muka seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang sebenarnya terkena bedilan senjata berisi fosforus,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Pameran Foto Gaza di Restoran Jejantas Sungai Buloh di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang dan Pengurus Besar Plus Expressway Berhad, Noorizah Abd Hamid.

Menceritakan pengalamannya sepanjang berada di bumi Gaza, Tun Izhar berkata, perasaannya bercampur-baur antara takut, sedih dan bersemangat ketika menjejakkan kaki di tempat itu.

“Memang takut dan berdebar ketika sampai di tanah Gaza tetapi saya kuatkan semangat serta tidak putus-putus berdoa kepada Allah supaya diberikan kekuatan untuk menggalas tugasan yang diterima,” katanya.

Menurutnya, pengalaman sekali seumur hidup sepanjang berada di zon perang tidak mungkin dilupakannya hingga akhir hayat.

“Saya bersyukur kerana sempat merakam pelbagai gambar sepanjang berada di sana melalui lensa kamera yang menjadi medium untuk saya berkongsi pengalaman dengan masyarakat negara ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyaksikan pameran berkenaan boleh berkunjung ke Restoran Jejantas Sungai Buloh sebelum 23 Mac depan.

sedikit komentar dari tazkiratunnafsi.......

majalah 3 baru2 ini ada memaparkan bagaimana nurul syuhada dan beberapa rombongan dari malaysia terjumpa cebisan daging syuhada' yang terbakar hangus (kecil sahaja, lebih kecil dari jari kelingking ... pada amatan saya) . daalm siri itu, nurul menunjukkan daging tersebut, menghidu dan menyatakan bahawa daging tersebut berbau harum mewangi. kemudian dengan nasihat salah seorang ahli rombongan itu (kalau tak silap NGO ... pemuda masjid malaysia) , daging tersebut di tanam sebagai menghormatinya...... Allah hu Akbar.... saya sempat mendengar syarahan dari Dr. Jamnur azhar mulkan dari NGO pemuda masjid malaysia..... Allah hu Akbar, beliau dan Dr syeikh muzaffar (angkasawan malaysia yg pernah di fitnah... masya Allah...Dr jamnur... beritahu dr syeikh... telah menggunakan duit poket sendiri utk ke gaza) sempat melakukan beberapa pembedahan semasa di gaza. Beliau menyatakan bagaimana bersemangatnya orang 2 disana dalam menentang kekejaman zionis. Di antara cerita yg masih saya ingat, Dr jamnur telah mengikuti satu pengkebumian (kalau tak silap pesakit beliau). Ibu si mati memohon agar mayatnya di tanam di sisi bapanya yg syahid pada lewat 80 an... (tak silap 1989). semasa proses penggalian, tiba2 secara tidak sengaja, cangkul telah terkena sedikit tubuh ayah beliau (kerana kawasan sempit), dan tidak semena2 darah mengalir keluar... Masya Allah ... Allah masih memelihara mayat pejuang yg syahid... Allahu akbar... semoga Allah memelihara kita ..... dan menyelamatkan kita semua dari kesesatan....Amin ya Allah. Jadikanlah kami Ahli Jannah mu.

No comments:

Post a Comment