Terus gambaran suul khotimah menjengah pemikiran . Dua peristiwa kematian yang berlaku dalam beberapa minggu dan bulan2 lepas terus mengetuk pintu hati. Air mata mengalir deras memohon Allah jangan lah aku mati dalam keadaan seperti mereka. Ye lah itu urusan mereka dengan Allah , tapi cara kematian mereka menimbulkan tanda tanya pengakhiran hayat mereka seolah2 dalam kemurkaan Allah. Kematian pertama adalah berkaitan kisah kematian seorang bapa tiri yang merogol anak tirinya di dalam kebun getah di felda aring enam di gua musang. Pakcik itu telah memukul, menikam serta mencurah asid semasa merogol anak tirinya dengan niat untuk membunuh si mangsa. Terperangkap dalam situasi kemungkinan tertangkap oleh orang ramai dan polis yang menyedari kedajalan beliau di tempat kejadian, beliau mengambil jalan singkat dengan meneguk asid tersebut dalam cubaan membunuh diri. Beliau mati......
kisah kedua pula berlaku dalam beberapa bulan lepas berkaitan seorang warga emas yang mati akibat sakit jantung di sebuah hotel murah bersama seorang pelacur pondan selepas menelan pil kuat.....
Ya Allah berikanlah aku, isteriku , keluargaku, kaum keluarga kami, kerabat kami, sahabat handai kami, orang2 yang kami kenali dan seluruh umat nabi muhammad hidayah yang berterusan . Matikanlah kami dalam kalimah syahadahmu, dalam iktikad dan akidah yang betul, amal yang engkau terima dan berikanlah kesempatan kami bertaubat nasuha sebelum izrail menjemput kami. Ya Allah mudahkanlah urusan dunia kami dan mudahkanlah urusan akhirat kami....
p.s. terima kasih kepada saudara yang telah komen penggunaan Masya Allah dalam senario yang tidak sesuai ... dan penggunaan istighfar... adalah lebih bersesuaian dalam senario tersebut.
salam..masyaAllah sungguh tinggi fikir risau tuan pd agama... jazakallah entry yg menarik..
ReplyDeleteana cuma nak tegur ckit je ..penggunaan pkataan 'masyaAllah' utk pkra baik2...lbih baik guna astaghfirullah..
maaf jika salah..
sama-sama... tegurlah dan betulkanlah juga ana jika apa yang ana buat salah..jzakallah anta..
ReplyDelete