Wednesday, August 26, 2009

Petua mencari malam lailatul qadar 2

Sebenarnya petua di bawah aku dapat dari satu e mail. Material berkaitan dengan email itu sebenarnya aku pernah dapat dalam 4 tahun lepas. Setiap ramadhan aku akan bukak dan sebarkan kepada kawan2. Tahun nih belum sempat aku e mail, dah ada org yg e mailkan.

Tahun lepas aku pass kat sorg ustaz, tapi bukan dalam bentuk e mail, tapi dalam bentuk sms bersandarkan kepada maklumat dalam e mail tuh. Ustaz tuh terus pancung aku heheheheh (dengan cara melawak) yg lailatul qadar nih bukan ada formula matematik. Tapi 2 3 hari lepas tuh , dia sms aku yg dia cam confirm yg petua tuh tepat. Aku call dan tanya detail camner dia tahu .Dia cakap yg dia merasa kelainan dari fizikal dan spiritual pada malam tersebut. Tambahan pula ia disokong dengan pengalaman sahabat baik dia , seorang perempuan (mrs x) pada malam tersebut. Mrs X telah menerima banyak dugaan dari Allah. Pada malam tersebut mrs X telah bangun utk qiamullail dan Allah telah membuka sedikit hijab menandakan malam lailatul qadar dengan suasana dalam bilik telah diselubungi wap2 seperti kabus dan suasana suhu pada bilik tersebut amat menyenangkan.... Masya Allah. Ustaz nih memang seorang ustaz yang banyak amalan , sebab dalam satu kursus aku sebilik dengan dia, dan dia memang seorang yang rajin sembahyang berjemaah dan beristiqamah qiamullail.

Bukanlah aku nak menegaskan yg petua tuh betul .... terutamanya ia tidak bersumberkan al quran dan hadis (kecuali pada pengenalan) , malah sumber rujukan pun tidak disertakan dalam e mail tersebut. Peristiwa di atas tadi tuh pun mungkin sekadar kebetulan.... jadi petua di bawah adalah sekadar petua..... so kepada semua sahabat...... jangan terlalu meyakini, jadikanlah ia sekadar satu penggerak kepada kerajinan beribadat.

Petua mencari malam lailatul qadar 1

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM  25 RAMADHAN;

V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN



Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, InsyaAllah malam qadar akan jatuh pada malam ke 23 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 12hb September2009.

Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!



Tanda malam Qadar ialah :



1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;

2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;

3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.



MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

sila baca komen dalam petua mencari lailatul qadar 2

Friday, August 14, 2009

husnul khotimah vs su ul khotimah

Berita kematian Ustaz Asri Rabbani agak mengesankan jiwaku. Terutamanya beberapa akhbar dan blog yg memetim lagu Rabbani pergi tak kembali lagi sebagai tribute kematian beliau. Alangkah sebak bila membaca tentang permintaan Ustaz untuk menatap Al quran sebelum rehearsel persembahan nasyid dalam program perasmian syahadah. Hati semakin hiba bila membaca komen para sahabatnya yg ustaz mati dengan tenang dan wajah arwah seperti dalam keadaan tidur. Alhamdulillah

Terus gambaran suul khotimah menjengah pemikiran . Dua peristiwa kematian yang berlaku dalam beberapa minggu dan bulan2 lepas terus mengetuk pintu hati. Air mata mengalir deras memohon Allah jangan lah aku mati dalam keadaan seperti mereka. Ye lah itu urusan mereka dengan Allah , tapi cara kematian mereka menimbulkan tanda tanya pengakhiran hayat mereka seolah2 dalam kemurkaan Allah. Kematian pertama adalah berkaitan kisah kematian seorang bapa tiri yang merogol anak tirinya di dalam kebun getah di felda aring enam di gua musang.   Pakcik itu telah memukul, menikam serta mencurah asid semasa merogol anak tirinya dengan niat untuk membunuh si mangsa. Terperangkap dalam situasi kemungkinan tertangkap oleh orang ramai dan polis yang menyedari kedajalan beliau di tempat kejadian, beliau mengambil jalan singkat dengan meneguk asid tersebut dalam cubaan membunuh diri. Beliau mati......MasyaAllah...... Astaghfirullahalazim dalam kedurhakaan dan kemaksiatan.....

kisah kedua pula berlaku dalam beberapa bulan lepas berkaitan seorang warga emas yang mati akibat sakit jantung di sebuah hotel murah bersama seorang pelacur pondan selepas menelan pil kuat..... MasyaAllah Astaghfirullahalazim mati dalam kedurhakaan Allah.....

Ya Allah berikanlah aku, isteriku , keluargaku, kaum keluarga kami, kerabat kami, sahabat handai kami, orang2 yang kami kenali dan seluruh umat nabi muhammad hidayah yang berterusan . Matikanlah kami dalam kalimah syahadahmu, dalam iktikad dan akidah yang betul, amal yang engkau terima dan berikanlah kesempatan kami bertaubat nasuha sebelum izrail menjemput kami. Ya Allah mudahkanlah urusan dunia kami dan mudahkanlah urusan akhirat kami....

p.s. terima kasih kepada saudara yang telah komen penggunaan Masya Allah dalam senario yang tidak sesuai ... dan penggunaan  istighfar... adalah lebih bersesuaian dalam senario tersebut.

Friday, April 10, 2009

Ajal Maut memang hak milik mutlak tuhan- tahajud penyembuh? kisah bapak aku

Rabu, 8/4/2009 pukul 4.30 pagi aku dikejutkan oleh satu call.... Alamak... ni suspen nih... Bapak aku yg call. Seperti yang di jangka Mak Saudara aku , iaitu adik bapak aku baru meninggal dunia, setelah koma dalam beberapa hari. Innalillahi wa innailaihiro ji'un. Mak saudara aku nih baru saja di diagnosis barah hati. Baru tahun nih. Dia dah jalani kemeoterapi beberapa kali, dan yg last sekali , ada treatment yg melibatkan sesuatu alat di masukkan ke dalam bahagian dalam tubuh. Di takdirkan Allah, benda alah tuh pecah dan menyebabkan darah kotor bercampur dalam sistem tubuh dan seterusnya menyebabkan mak saudara aku jatuh koma (tu yg bapak aku cakap, betul tak betul tak tahulah).
Sebenarnya, bapak aku lebih awal di ambang maut. Dia di diagnosis sebagai pengidap kanser pankreas pada bulan 10 /2007. Aku seorg yg realistik, terus berbincang secara bersembunyi dengan doktor tentang harapan peluang hidup. Dr. Yg berpegang kepada takdir, terus menyebut nyawa adalah Hak Milik Mutlak Allah, kalau awak nak tahu, ayah awak tuh sepatutnya dah lama arwah, bermula dari pihak kami suspek dia kene kanser pada bulan februari lagi. Kalau ikutkan keadaan sekarang , saya ramal dia hanya hidup dalam 6 bulan. Tapi semua tuh atas ilmu perubatan, tapi Allah jualah yg menentukan. Bahkan hakikat yang ayah awak hidup sampai sekarang pun dah merupakan satu keajaiban. itulah kata2 beliau pada Oktober 2007. Alhamdullillah sampai sekarang bapak aku masih hidup. Dan masa dia buat treatment baru2 nih, sempat doktor tuh berseloroh dengan bapak aku, apa amalan pakcik ni? Siap cakap kat sedara aku yg ada dekat bapak aku, awak kena tanya dia , apa amalan dia sehingga dia masih sihat lagi.
bapak aku dah berumur 80 tahun. Masih boleh membaca dan memandu. dan yg paling best kalau bawak kereta masih boleh pecut 100++ km/j. Masa Dr. sahkan dia kene kanser tuh, dia amalkan makan Gamat Healin ..... tapi dah dua tiga bulan dia berhenti..... aku rasa gamat tuh bagus, tapi mungkin punca sebenar dia masih sihat bagi aku adalah kerana beliau suka bersolat tahajjud. Dah hampir (mungkin lebih) 15 tahun bapak aku mengamalkan solat tahajjud. Lepas kematian mak aku, bapak aku begitu sedih yg teramat menyebabkan malam2 beliau di isi dengan kesukaran tidur dan sebak. bermula dari situ beliau terus menghidupkan malam 2 beliau ,walaupun berkahwin lain. Setahu aku , dia akan tidur dalam pukul 10 dan akan bangun dalam pukul 3... atau kadang2 2 lebih. Tak nampak pun dia letih. Dia masih bekerja lagi. Dia seorang ustaz, pagi kerja , petang mengajar KAFA. Pernah masa dia sakit teruk sikit baru2 nih, ada hamba Allah (termasuk aku pun bagi nasihat yg sama) meminta dia berhenti kerja dan duduk berehat di rumah. Bapak aku nih, boleh dikatakan senang .... duit banyak dan tanah pun ok jugaklah so duk dirumah pun ok . Bulan2 dapat keuntungan simpanan dan duit anak2 kasi pun dah cukup utk hidup. Mungkin kawan tuh agak menekan (sedang elok abang aku ada kat situ dan tengok mamat tuh cam menekan bapak aku) , maka bapak aku terus bongkarkan satu rahsia yg dia tak pernah cerita kat sapa2. Dia kata masa dia masih muda dulu, dia tengah mengajar kitab di satu surau, tiba2 sajer dia jadi macam terlelap seketika. Dalam terlelap tuh, berliau terlihat seorang yang berkuda datang dan terus memberi salam. Orang berkuda itu terus memberitahu yang rasulullullah menyampaikan salam dan mengarahkan beliau untuk terus mengajar sehingga ajalnya sampai. Dia berkata sejak dari saat itu, beliau tidak pernah berhenti mengajar kecuali beliau uzur dan akan melakukannya sampai dia mati. Kalaulah cerita tuh tidak di sampaikan oleh abang aku dan berlaku pulak pada bapak aku, pasti aku kurang percaya. Tapi dah bapak sendiri. Aku kenal bapak aku.... Pernah masa dia sakit dia mimpi dan rasa beberapa benda pelik.... dia tak suka bercerita, tapi akak aku dan abang aku yg sorg tuh pandai korek, so terkeluar lah cerita yg macam2. Bapak aku nih setahu aku takda amalan yg pelik2, zikir pun zikir yang biasa2 jer takder tarikat ker aper2 ker.... tak tahulah kalau masa muda2 dulu dia ada beramal.
So kalau korg nak percaya ..... suka hati koranglah. tapi aku harap korg jgn petik atau sebarkan cerita nih kat maner2..... sekadar bace jer ...

Friday, March 20, 2009

Sunday, March 15, 2009

MARA tawar nik nur madihah lanjut pelajaran ke london

Mara tawar Nik Nur Madihah lanjut pelajaran ke London

KUALA LUMPUR: Mara menawarkan pinjaman penuh secara automatik kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18, pelajar cemerlang yang memperoleh 20A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), untuk melanjutkan pelajaran peringkat A Level di London. Menteri
Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata Mara akan berikan tawaran secara automatik tanpa perlu melalui proses temuduga atau mengisi borang. "Kita berikan kes istimewa untuk adik ini dengan terus menghantar beliau ke luar negara untuk membuat A Level dahulu," katanya selepas melancarkan kempen satu keluarga satu syarikat/perniagaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

"Bagi pihak kementerian kita ucap tahniah. Saya sendiri dah bercakap dengan Nik Nur Madihah, dah cakap dengan ayah dia dan pagi tadi saya bercakap pula dengan guru yang mengajar pelajar ini. "Pelajar ini kita lihat datang dari keluarga yang miskin dan saya tengok pelajar ini cemerlang. Masa dia UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah), dia mendapat 5A, PMR (Penilaian Menengah Rendah) 9A, dan SPM 20A," katanya. Nik Nur Madihah, anak seorang nelayan, adalah pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan, mencipta sejarah memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM yang diumumkan Jumaat lalu dengan mendapat 19 1A dan satu 2A.

Beliau pernah menjadi antara pelajar terbaik PMR peringkat kebangsaan 2006 selepas mencatatkan keputusan 9A. Noh berkata, surat tawaran itu akan diserah kepada Nik Nur Madihah minggu depan. Beliau berkata, mengikut sistem yang digunakan Mara, seseorang pelajar itu perlu mengikuti kursus A Level di dalam negara terlebih dahulu sebelum
membolehkan mereka layak melanjutkan pelajaran ke luar negara. "Tetapi oleh kerana adik Madihah (ini) pintar, yang luar biasa (dan sudah) terbukti daripada dia kecil sampai besar, jadi dia mesti diberikan kelebihan. Sebab itu untuk adik Madihah saya bagi kelulusan khas untuk hantar terus ke London sebab dia kata dia minat nak belajar di United Kingdom.

"Kita akan usaha carikan dia tempat untuk buat A Level. Kita akan uruskan tempat dia belajar dan kita juga akan bagi pinjaman Mara untuk Madihah,"katanya. Noh berharap kejayaan Nik Nur Madihah itu akan menjadi contoh terbaik untuk adik-adiknya sekaligus membolehkan keluarga itu keluar dari kepompong kemiskinan. - Bernama

Nur Madihah terima penghargaan

dipetik dari utusan online 15/3/2009

KEPALA BATAS 14 Mac – Anak nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal yang memperoleh keputusan 20A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), hari ini menerima penghargaan khas daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.


Pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan itu menerima penghargaan berkenaan sempena majlis pelancaran Hari Penternak, Petani dan Nelayan peringkat Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Penghargaan khas itu disampaikan sendiri oleh menteri berkenaan, Datuk Mustapa Mohamed pada majlis tersebut yang turut dihadiri ibu bapa pelajar itu, Mariani Omar, 42 dan Nik Mohd. Kamal Husin, 41.

Selain sijil penghargaan, Nik Nur Madihah, 18, turut mendapat sumbangan cek RM4,000 iaitu masing-masing RM2,000 daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Yayasan Nelayan Malaysia (Yanim).

Mustapa dalam ucapan perasmiannya pada majlis itu berkata, pihaknya berharap kejayaan Nik Nur Madihah memberi inspirasi kepada anak-anak nelayan lain supaya mencatatkan pencapaian cemerlang dalam akademik.

“Saya dan rakan-rakan dalam kementerian cukup berbangga dengan apa yang dicapai adik Nik Nur Madihah (dalam SPM) dan beliau membuktikan bahawa anak nelayan juga boleh berjaya.

“Kita harap kejayaannya memberi inspirasi untuk kita semua dan tidak sesekali menjadikan kesusahan hidup sebagai halangan untuk berjaya,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Law Choo Kiang, Ketua Setiausaha Kementerian itu, Datuk Mokhtar Ismail dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin.

Nik Nur Madihah mencipta sejarah memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM yang diumumkan Jumaat lalu dengan mendapat 19 1A dan satu 2A.

Sementara itu, Mustapa berkata, golongan penternak, petani dan nelayan di negara ini sangat bertuah kerana mendapat pelbagai bentuk bantuan daripada kerajaan berbanding rakan-rakan mereka di negara lain.

“Saya sudah pergi banyak negara dan bertanya kepada petani, penternak atau nelayan. Kerajaan mereka tidak pernah memberi insentif yang begitu banyak kepada mereka.

“Tujuan kerajaan amat mudah. Dengan memberi bantuan, kita harap jumlah hasil dapat ditingkatkan untuk kegunaan rakyat dan pada masa sama memberi limpahan pendapatan kepada petani, penternak atau nelayan,” katanya.

Nur Madihah puasa sebab miskin

di petik dari utusan online 15/3/2009


Oleh AZRAN FITRI RAHIM

azran.rahim@utusan.com

KOTA BHARU 14 Mac – “Kadang-kadang saya menitiskan air mata sebab kakak (panggilan keluarga kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, gambar) terpaksa berpuasa sebab tidak ada wang untuk beli makanan.

“Tetapi alhamdulillah, kakak memahami keadaan keluarga. Malah kakak menjadikan ibadah itu sebagai rutin pada setiap hari Khamis dan Isnin sejak berumur 12 tahun.”

Demikian luahan ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Mariani Omar, 42, ketika ditanya mengenai kesusahan dia dan suami, Nik Mohd. Kamal Hussein, 41, membentuk seorang insan contoh.

Katanya, biar susah bagaimana sekali pun, anak sulung daripada empat beradik itu tidak pernah merungut.

Malah Nik Nur Madihah, menurutnya, melalui semua kepayahan itu dengan tabah dan menerimanya sebagai cabaran untuk berusaha dengan lebih keras.

“Disebabkan tak ada wang poket, kakak akan makan roti di sekolah dan kerana terlalu banyak makan roti, ia jadi kegemarannya. Malah dia bercita-cita belajar cara buat roti. Kata kakak, dia hendak buat roti banyak-banyak.

“Ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat keadaan anak begitu. Tetapi saya bersyukur kerana dia menerima kekurangan ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Nik Nur Madihah, 18, anak seorang nelayan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan SPM 2008.

Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara pelajar cemerlang dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.

Dia juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk mencapai kecemerlangan walaupun mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.

Kesusahan hidup Nik Nur Madihah yang tinggal di rumah sewa kecil di Pengkalan Chepa dipaparkan di muka depan Utusan Malaysia hari ini.

Mariani berkata, sejak kecil anaknya itu gemar membaca buku dan setiap masa terluang tidak pernah dibiarkan begitu saja.

“Memang dari kecil lagi dia minat benar dengan buku. Saya dan suami tidak pernah paksa kakak membaca buku, kadang-kadang paksa dia suruh berhenti sebab sudah masuk Maghrib.

“Sifat ulat buku ini turun kepada tiga adiknya,” tambahnya.

Menurut Mariani, seorang lagi anaknya kini menuntut dalam tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik Bachok, seorang dalam tingkatan tiga di bawah tajaan Permodalan Nasional Berhad di Bandar Salak Tinggi dan yang bongsu di tahun lima Sekolah Kebangsaan Parang Puting di sini.

Ujarnya, sekiranya Nik Nur Madihah meminta wang untuk membeli buku, dia dan suami akan berusaha mencari wang tersebut tetapi selalunya ia tidak diberi serta-merta kerana kesempitan hidup.

“Kakak tidak banyak kerenah dan agak pendiam. Dia pun tidak beritahu kami dia ambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah saat-saat akhir,” ujarnya.

Saturday, March 14, 2009

INILAH RUMAH SAYA

dipetik dari utusan online 14/3/2009

Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.


Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.

Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.

Thursday, March 12, 2009

Miskin tidak halang Madihah cemerlang

Pelajar dapat 20A ulang kaji awal pagi, solat tahajud


KOTA BHARU: Anak pasangan nelayan dan tukang sapu, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, membuktikan kemiskinan bukan halangan untuk berjaya dalam pelajaran apabila meraih pencapaian cemerlang 20A termasuk 1A2, dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 yang diumumkan semalam.

Nik Nur Madihah, 18, turut mencipta rekod sebagai pelajar terbaik Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini, apabila mendapat A1 bagi Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Pendidikan Islam; Sejarah, Matematik; Sains; Kesusasteraan Melayu; Geografi; Bahasa Arab Tinggi; Matematik Tambahan; Perdagangan; Prinsip Perakaunan; Ekonomi Asas; Fizik; Kimia dan Tasawwur Islam.

Beliau turut mendapat A1 dalam Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah; Pendidikan Syariah Islamiah dan English for Science dan Technology. Satu-satunya mata pelajaran yang beliau mendapat A2 ialah Biologi.

Nik Nur Madihah berkata, kejayaan cemerlangnya itu adalah hadiah kepada ibu bapanya, Nik Mohd Kamal Husin, 42, dan Mariani Omar, 40, yang sentiasa memberi penekanan terhadap kepentingan menuntut ilmu dalam usaha merubah kehidupan dan kemiskinan keluarga.

"Keluarga saya miskin, bapa hanya nelayan, ibu pula tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), namun mereka adalah kebanggaan saya kerana sentiasa memberi dorongan untuk mencipta kejayaan.

"Guru-guru di Maahad Muhammadi juga banyak membantu kerana mereka sentiasa memberi perhatian dan sedia memberi tunjuk ajar pada bila-bila masa kerana saya mengambil 20 mata pelajaran dalam SPM dengan sasaran awal mahu memperoleh 18A.

"Saya mengulang kaji awal pagi setiap hari selepas bersolat tahajud dan membaca al-Quran yang menjadi amalan sejak di sekolah rendah lagi. Berikutan tidak mampu mengikuti kelas tambahan di luar kerana mahal, saya beri tumpuan sepenuhnya ketika dalam kelas," katanya.

Anak jati perkampungan nelayan, Kampung Parang Puting dekat Pantai Sabak itu, ditemui selepas menerima keputusan peperiksaan yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Mohd Amar Nik Abdullah, di sekolah terbabit, semalam.

Hadir sama Pengetua Maahad Muhammadi (P), Zainah Abdullah dan Pelajar Terbaik SPM 2006 dari sekolah itu, Siti Fatimah Mokhtar, yang mendapat 18A termasuk 1A2.

Nik Nur Madihah berkata, peluang mengikuti Seminar Skor SPM anjuran Berita Harian tahun lalu, banyak membantunya menghadapi peperiksaan selepas mendapat pendedahan kaedah terbaik menjawab soalan.

Beliau yang bercita-cita melanjutkan pengajian dalam bidang Fizik di Asia Barat. berkata, keputusan dicapainya itu membuktikan kejayaan dalam pelajaran mampu dimiliki sesiapa saja yang mempunyai keazaman dan bukannya bergantung kepada latar belakang keluarga saja.

Kecemerlangan Nik Nur Madihah bermula sejak di sekolah rendah lagi apabila mendapat 5A bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 9A bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2006..

Sementara itu, Mariani berkata, sebagai ibu, beliau dan suaminya sentiasa mendoakan kejayaan untuk empat anak mereka dan menanam kesedaran terhadap kepentingan ilmu demi mengubah masa depan.

"Saya dan suami hanya berpendapatan antara RM500 dan RM600 sebulan dan memastikan anak tidak tercicir dalam persekolahan, kami terpaksa berjimat cermat membiayai persekolahan mereka," katanya.

bharian online 13/3/2009

Thursday, February 26, 2009

tulang syuhada' palestin berbau wangi-hmetro 26/2/2009

Tulang bau wangi


Oleh Helmy Abd Rahman

helmy@hmetro.com.my

PENGALAMAN...Tun Izhar (kanan) menerangkan gambar yang dirakam

kepada Noorizah.


SUNGAI BULOH: Pengalaman menyaksikan sendiri serpihan daging dan tulang rakyat Palestin yang terlekat di dinding bangunan akibat dibom tentera rejim Zionis menjadi detik paling sukar dilupakan jurufoto The New Straits Times Press (NSTP) Berhad, Tun Izhar Tun Ishak yang berkesempatan membuat liputan secara dekat untuk melihat penderitaan rakyat Palestin di Gaza, baru-baru ini.

“Mulanya ngeri juga melihat daging dan tulang yang sengaja tidak dicuci penduduk tempatan. Bagaimanapun, perasaan saya bertukar daripada ngeri menjadi terharu sebaik melihat dari dekat mayat terbabit.

“Ajaibnya, tulang yang terlekat itu langsung tidak berbau busuk, malah mengeluarkan bau wangi. Mungkin mereka ini termasuk golongan syahid yang dijanjikan syurga.

“Selain itu, satu lagi pengalaman tidak dilupakan apabila terlihat kesan comot seolah-olah palitan coklat pada muka seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang sebenarnya terkena bedilan senjata berisi fosforus,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Pameran Foto Gaza di Restoran Jejantas Sungai Buloh di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang dan Pengurus Besar Plus Expressway Berhad, Noorizah Abd Hamid.

Menceritakan pengalamannya sepanjang berada di bumi Gaza, Tun Izhar berkata, perasaannya bercampur-baur antara takut, sedih dan bersemangat ketika menjejakkan kaki di tempat itu.

“Memang takut dan berdebar ketika sampai di tanah Gaza tetapi saya kuatkan semangat serta tidak putus-putus berdoa kepada Allah supaya diberikan kekuatan untuk menggalas tugasan yang diterima,” katanya.

Menurutnya, pengalaman sekali seumur hidup sepanjang berada di zon perang tidak mungkin dilupakannya hingga akhir hayat.

“Saya bersyukur kerana sempat merakam pelbagai gambar sepanjang berada di sana melalui lensa kamera yang menjadi medium untuk saya berkongsi pengalaman dengan masyarakat negara ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyaksikan pameran berkenaan boleh berkunjung ke Restoran Jejantas Sungai Buloh sebelum 23 Mac depan.

sedikit komentar dari tazkiratunnafsi.......

majalah 3 baru2 ini ada memaparkan bagaimana nurul syuhada dan beberapa rombongan dari malaysia terjumpa cebisan daging syuhada' yang terbakar hangus (kecil sahaja, lebih kecil dari jari kelingking ... pada amatan saya) . daalm siri itu, nurul menunjukkan daging tersebut, menghidu dan menyatakan bahawa daging tersebut berbau harum mewangi. kemudian dengan nasihat salah seorang ahli rombongan itu (kalau tak silap NGO ... pemuda masjid malaysia) , daging tersebut di tanam sebagai menghormatinya...... Allah hu Akbar.... saya sempat mendengar syarahan dari Dr. Jamnur azhar mulkan dari NGO pemuda masjid malaysia..... Allah hu Akbar, beliau dan Dr syeikh muzaffar (angkasawan malaysia yg pernah di fitnah... masya Allah...Dr jamnur... beritahu dr syeikh... telah menggunakan duit poket sendiri utk ke gaza) sempat melakukan beberapa pembedahan semasa di gaza. Beliau menyatakan bagaimana bersemangatnya orang 2 disana dalam menentang kekejaman zionis. Di antara cerita yg masih saya ingat, Dr jamnur telah mengikuti satu pengkebumian (kalau tak silap pesakit beliau). Ibu si mati memohon agar mayatnya di tanam di sisi bapanya yg syahid pada lewat 80 an... (tak silap 1989). semasa proses penggalian, tiba2 secara tidak sengaja, cangkul telah terkena sedikit tubuh ayah beliau (kerana kawasan sempit), dan tidak semena2 darah mengalir keluar... Masya Allah ... Allah masih memelihara mayat pejuang yg syahid... Allahu akbar... semoga Allah memelihara kita ..... dan menyelamatkan kita semua dari kesesatan....Amin ya Allah. Jadikanlah kami Ahli Jannah mu.

Friday, February 13, 2009

Anak menggigil lapar - satu komentar

MasyaAllah, rasa sebak bila membaca artikel di bawah nih. Sedih dan sayu...... dalam kecanggihan dan kedepannya malaysia di arena global, masih ada rakyatnya yang menggigil kelaparan. Dalam laporan itu jelas, menunjukkan betapa lembabnya agensi kerajaan terutamanya JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT, dalam menangani permasalahan ini. Pelik tapi benar, tak selari dengan kenyataan menteri Datuk paduka ngen yen 2 baru2 nih yang mengeluarkan kenyataan JKM mahukan penduduk miskin........kerajaan menyediakan peruntukan mencukupi....... dan mempelawa mereka mendaftar.... Lain benar ..... kenyataan menteri dan tindakan susulan....
Apa masalahnya ni? berbillion2 RM telah di salurkan oleh kerajaan untuk membantu golongan miskin nih..... tapi apa dah jadi nih. ? takkan kelulusan permohonan orang2 miskin tuh mengambil masa berbulan2? Wahai pegawai yang bertanggungjawab.... susah sangatkah nak meluluskan permohonan mereka? ... wahai penggubal dasar..... kenapa anda menyusahkan mereka dengan pelbagai prosedur dan karenah birokrasi? Kadang2 kedengaran suara2 sumbang ... yang peruntukan ada , tapi di songlap .... ataupun ..... tersekat di tengah jalan..... saya tak menuduh ... tapi itulah khabar2 angin ... mungkin tak benar..... dan saya rasa itu hanyalah tuduhan palsu....
Teguran ini juga kepada pusat2 zakat....... prosedur nyer banyak...... kutipan beratus2 juta.... tapi kemana wang itu dibelanjakan? dahlah prosedur rumit sehingga mendapat teguran pelbagai pihak termasuk Dr Asri .......Pernah Dr. Asri mengkritik agensi zakat .... yang mengadakan majlis pemberian zakat..... pemberiannya tak setinggi mana ... tetapi menyusahkan penerima zakat untuk berkunjung ke majlis tersebut ........ termasuk menanggung kos RM ke tempat tersebut....
Ingatlah amanah..... adalah tanggungjawab......... anda akan di persoalkan di akhirat nanti.....

Anak menggigil lapar'

Hmetro 14 februari 2009

JITRA: “Anak-anak saya menggigil menahan kelaparan kerana tidak makan beberapa hari.


“Saya hanya mampu memberikan mereka minum air masak saja,” kata Azmi Abdullah, 51, menceritakan kesempitan hidupnya sekeluarga.

Difahamkan kehidupan keluarga yang tinggal di Kampung Kuala Kerpan, dekat sini, hanya bergantung kepada ihsan penduduk kampung yang prihatin selain mengambil upah membantu jiran.

Azmi berkata, sejak terbabit dalam kemalangan jalan raya lima tahun lalu dia tidak mampu melakukan kerja berat.

Namun, akibat kesempitan hidup dia terpaksa bertungkus-lumus bekerja biarpun dinasihatkan doktor supaya tidak melakukan kerja berat.

“Saya mengambil upah membersihkan rumah, menebas semak, membuat rumah dan sebagainya mengikut permintaan penduduk bagi mendapatkan sedikit wang.

“Saya juga tidak menetapkan harga kepada kerja yang dilakukan sebaliknya menerima apa saja pemberian penduduk.

“Manakala isteri (Mahani Mansor, 50) turut membantu saya dengan mengambil upah mengupas bawang di rumah jiran.

“Purata pendapatan kami berdua hanyalah RM20 sehari. Itupun jika ada penduduk yang memanggil saya atau isteri untuk melakukan kerja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Menurutnya, dia pernah memohon bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tahun lalu, tetapi sehingga kini permohonannya masih belum diluluskan.

“Apapun saya masih bersyukur kerana mampu menghantar ketiga-tiga anak saya ke sekolah dengan bantuan orang ramai. Jika diikutkan hati, saya sudah malu hidup dengan ihsan orang ramai sehinggakan pernah terlintas untuk menamatkan persekolahan mereka namun prestasi pelajaran mereka yang baik menghalang niat saya itu.

“Mana tidaknya, anak sulung saya, Nurhidayah Azmi, 17, yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini pernah mendapat 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), manakala anak kedua, Mohd Firdaus Azmi, 14, sedang belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan anak bongsu, Mohd Naim Azmi sedang belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Ayer Hitam.

“Jika saya tidak beri peluang kepada mereka, tindakan itu adalah tidak adil serta zalim,” katanya.

Azmi berkata, mereka sekeluarga berkemungkinan merempat pada bila-bila masa berikutan rumah yang menjadi tempat berteduh selama ini adalah milik sebuah syarikat di kawasan berhampiran.

“Jika pemilik tanah mengarahkan kami keluar, tiada apa dapat dilakukan. Saya berharap ada pihak yang tampil menghulurkan bantuan sekurang-kurangnya untuk menyempurnakan persekolahan ketiga-tiga anak saya,” katanya.

Friday, February 6, 2009

haramkah menyambut valentine's day? petikan khutbah 6 feb 2009

Kelmarin, khatib menyampaikan khutbah bertajuk mantapkan iman umat cemerlang. Di antara intipati yang menarik perhatian adalah berkaitan dengan isu hari Valentine day. Khatib dengan jelas memetik fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa negara di penghujung 2005 yang dengan jelas menghukumkan haram dalam menyambut Valentine's day. Tapi sayangnya, khutbah tidak menghuraikan dengan jelas alasan pengharaman itu. Ia cuma menceritakan gejala2 yang tidak elok , termasuklah seks bebas di akhir sambutan valentine's day.
Aku bersetuju 100% berkaitan dengan pengharaman itu. Ramai di kalangan mereka yang belum kahwin mengambil kesempatan dari suasana romantik 14 februari untuk melampiaskan hawa nafsu dengan cara yang tidak wajar. Bahkan Valentine's day turut dikaitkan dengan tokoh2 agama dari kristian, dan sehingga keperingkat ada cerita tentang kisah bunuh diri seorang tokoh kristian kerana cinta ............................................. Masya Allah.
(sila baca dihttp://en.wikipedia.org/wiki/Valentine's_Day .... tapi pelik sebab bila nak klik dia akan jadi http://en.wikipedia.org/wiki/Valentine pesal ha? so kalau nak baca type balik Valentine's_Day atau search kat wiki :) )
Allah tidak pernah menghalang sifat kasih sayang sesama manusia. Rasulullah adalah tauladan utama berkaitan kasih sayang dan romantik yang selari dengan kehendak pencipta , bukannya para pencinta yang menjadikan cinta duniawi sebagai panduan hidup. Jangan ditiru pengorbanan si Qais terhadap laila , ataupun Romeo dan juliet. Tapi tirulah pengorbanan dan Doa Abu salamah terhadap ummu salamah, mahupun Rasulullah terhadap isteri2 baginda...
Ya Allah kekalkan dan tambahkanlah kebahagiaan dalam rumahtanggaku, keluarga ku dan rumahtangga seluruh umat Islam. Jauhkanlah kami dari bercerai berai dan melakukan sesuatu yang Engkau tidak redhai... Amin

Thursday, January 29, 2009

petikan khutbah jumaat30 1 2009 Tauhid rububiyah dan uluhiyah

Alhamdulillah, hari nih aku agak khusyuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib hari ini. Imam baru agaknya, suara pun merdu dan menusuk kalbu. Khatib menyentuh berkaitan dengan kepentingan menafikan ketuhanan yang lain selain dari Allah. Maka barangsiapa yang menyekutukan Allah, pasti Allah tidak akan mengampunkan para penyekutunya.
Ya Allah lindungilah aku dari mencari dan menyembah selain dai engkau. Jadikanlah aku tetap menyembahmu walau dalam keaadan susah mahupun senang, sakit mahupun sihat, lapang mahupun sempit. Ya Allah, jadikanlah aku senantiasa mentaati mu dan mengikut jalan yang diredhai oleh Mu... amin

Thursday, January 22, 2009

Barrack Hussein Obama, untungkah dunia islam?

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menjadikan sesuatu yang mustahil di suatu zaman, menjadi realiti di satu zaman yang lain. Dulu bangsa kulit hitam di pandang sebagai abdi yang hina di bumi Amerika, tapi 200 tahun selepas sistem perhambaan di lupuskan Abraham Lincoln, bangsa hamba di angkat menjadi tuan. Dari tindak tanduknya sehari dua ini, Obama nampaknya begitu giat mengubah perkara2 yang menjadi ortodok kepada US , terutamanya dalam sikap superioritynya. Perintah untuk menutup Guantanamo Bay serta menitikberatkan penganut dan negara Islam dalam ucapan sulungnya yang ulung menunjukkan betapa kuat iltizam beliau untuk mengubah wajah super hero Amerika. Hari ini di maklumkan yang Obama telah mengeluarkan arahan dan tindakan seperti kenaikan gaji di White House bagi mengelakkan pelobi , menggunakan peluang yang terhidang untuk melobi polisi yang di tetapkan oleh presiden.
Israel juga mengganyang Palestin semasa george w Bush , dan ada penganalisa memandangnya sebagai skeptikalnya rejim zionis terhadap dasar luar Obama yang bukan lagi pak angguk seperti Bush yang sangup turun dari podium semata2 untuk menjawab panggilan Olmert meminta pembatalan arahan Rice kepada duta US di PBB  untuk menyokong resolusi kepada berkecuali.
Tapi sahabat-sahabat sekalian, anda harus ingat, Obama mempunyai pelbagai rintangan untuk menukar corak pemerintahan di US. Dikelilingnya begitu banyak pelobi2 yang pastinya akan mempunyai taring apabila tarikh presidensi penggal pertamanya berakhir 4 tahun akan datang. Sudah pasti pelobi yahudi yang kaya dan mengawal media-media dunia menghentam dan mengganyang beliau dengan teruk.... pastinya dia perlu berjaga. Begitu juga hero2 penasihat2 di sekelilingnya ..... mereka juga mempunyai pelbagai kepentingan dan kebergantungan. Orang kanan atau chief of white house staff Rahm emanuel , orang pertama di lantik selepas mendapat mandat rakyat adalah Yahudi. Jangan saudara saudari lupa, bagaimana ayah kepada Rahm emanuel pernah mengeluarkan kenyataan , yang anaknya pasti menyokong zionis, seperti mana beliau sendiri yang mendokong penuh kepercayaan zionis dan ketuanan bangsa yahudi. Memang benar Rahm mengeluarkan kenyataan diplomatik dengan menyatakan pandangan beliau dan bapanya adalah berlainan... tapi itu hanyalah sekadar kenyataan diplomasi ..... hakikatnya? ..... Hanya Allah yang Tahu. Dan adakah Persepsi Obama benar2 bersifat international? .. apalah di harapkan dari seorang yang ditinggalkan bapanya ketika masih bertatih, dan pengalamannya masa kecil di Indonesia menjadikan persepsi beliau lebih terbuka? Apakah beliau akan membantu dan menegakkan keadilan bagi Umat Islam? ....... Hanya Allah yang lebih mengetahui....... dan janganlah terlalu mengharap........    :)

Tuesday, January 20, 2009

Thursday, January 15, 2009

istidraj atau sihir penggugat iman?

minggu lepas, kalau tak silap aku hari sabtu atau ahad, aku menonton satu rancangan berbahasa mandarin di tv8. Tak silap aku tajuknya unveil the truth. Dalam rancangan tersebut ditunjukkan satu sami di sebuah tokong terkenal kerana kehebatannya menghasilkan azimat budha yang dikatakan dapat melindungkan si pemakainya dari sebarang ancaman fizikal. Azimat yang dibuat berasaskan mentera budha, tulisan2 ghaib dan pelbagai lagi cara mengikut keagamaan budha. Kemuncak dari siri itu adalah pengujian keberkesanan azimat itu oleh beberapa pengunjung kuil dan juga pengacara siri tersebut sendiri. Ujiannya mudah iaityu si penguji akan mengenggam azimat itu dan asid akan di tuangkan di tangan penguji tersebut. Untuk membuktikan kebenaran cecair yang dituang tu adalah asid, maka diletakkan cebisan kain dan juga bekas yang berisi air di bawah tangan si penguji. Ternyatalah tidak ada kesan melecur atau terbakar di jari si penguji sedangkan kain di bawahnya hancur luluh dan wap terbentuk hasil tindak balas asid dan air di dalam bekas.
Masya Allah La hau la wa la quwata illa billah. Sesungguhnya itulah di antara perkataan yang keluar dari bibir aku apabila melihat keajaiban tersebut. Alhamdulillah , aku tidak begitu teruja memandangkan aku tahu itu adalah bentuk istidraj dan sihir yang dibenarkan berlaku dengan izin Allah bagi menyesatkan lagi mereka yang telah sesat. Jadi tidak hairanlah jika mereka yang tipis imannya (mohon di lindungi Allah) yang sanggup menerima cara pembomohan dari sami2 serta tok cha dari agama lain. Mereka juga sanggup menggunakan ilmu perbomohan yang secara terangnya berasaskan kepercayaan agama lain dan sama sekali bertentangan dengan Islam dalam memenuhi cita 2 mereka. Ya Allah lindungilah aku dari termasuk dalam golongan yang rosak akidahnya. Tanpa akidah yang tepat , amal akan tertolak, dan neraka lah tempat istirahatnya.... Ya Allah lindungilah aku dari akidah yang salah ... Amin

Wednesday, January 7, 2009

Ubat batuk halal

Aku dah dua tiga hari batuk. Masa mula-mula ada simpton, terus aku ke kedai berdekatan untuk beli ubat batuk. Tapi malangnya takda satu pun yang bercop halal. Perkara ini ku ajukan kepada isteri tersayang. Isteri ku tertawa dan menyatakan ubat batuk tiada tanda halal. Macam tu ke? kalau macam tuh esok abang pegi beli berdasarkan ingredients yang paling tak meragukan. Dua tiga hari, masih belum berbeli. Tapi alhamdulillah hari nih aku berkesempatan ke Farmasi Guardian. Aku betul2 bersyukur kerana masalah yang membelengu itu terungkai apabila terdapat satu ubat batuk keluaran org Islam (mungkin kesilapan fakta, Hurix bukan keluaran bumiputra dan berkemungkinan besar bukan islam (tapi takder maklumat sahih pesal muslim atau bukan dari website hurix) , sorry terlepas pandang, sila baca komen oleh yana, thanks yana) berada di sana. HURIX"s adalah ubat batuk sirap dengan gamat beserta campuran madu. Alang2 berada disitu terus ku tinjau pil2 vitamin. Sekali lagi aku mengucap syukur kerana telah banyak pil2 vitamin yang bercop halal. Ku ambil satu dari keluaran tempatan Safwa namanya. Pembelian ubat2an ini membantu untuk memulih kesihatan (InsyaAllah) berserta dengan sedikit amal bakti membantu syarikat seagama. Ini juga satu bentuk sokongan kempen pemulauan barangan Israel (yang aku ragu keberkesanannya).

Ya Allah engkau kurniakanlah taraf syahid kepada saudara seagamaku yang gugur di Palestin. Engkau kuatkanlah iman mereka terutamanya yang ditahan dan diseksa oleh rejim yahudi .Engkau berikanlah kemenangan di dunia dan juga di akhirat kepada mereka semua dan seluruh umat islam di seluruh dunia. Amin

Monday, January 5, 2009

Hanyut

Semenjak dua menjak nih bila isteri aku balik ke kelantan (sebab aku tengah belajar di lembah klang dan dia bekerja di Kelantan), aku menjadi agak hanyut. Sembahyang jemaah dah lama tinggal. Dulu masa kat Kelantan, bukan main lagi bersemangat. Bila balik ke sini, Aku teruskan tapi dengan isteri saja. Tapi bila dia dah balik ke Kelantan, entahlah aku balik pada asal. Bangun lambat, sembahyang pun di akhir waktu. Kemanisan solat pun dah hilang. Hari ni, aku dah start nak fokus balik study aku. So the best way ialah aku betulkan balik hubungan dengan Allah. Alhamdulillah, hari nih dapat puasa sunat isnin dan solat isyak di masjid. InsyaAllah esok akan ku teruskan lagi bagi menyempurnakan sabdaan nabi tentang puasa 10 muharram yang baginda berhajat agar umatnya bukan sahaja berpuasa 10 muharram tetapi juga 9 muharram. Dan InsyaAllah aku cuba untuk meningkatkan solat berjemaah di masjid.... btw. nih link utk fadhilat puasa 10 muharram

Hanyut

Semenjak

Musibah

Musibah atau ujian adalah pengujian dari Allah terhadap hambanya. Ada ujian dalam bentuk harta, masa, anak-anak, keluarga, karier dan sebagainya. Aku amat bersimpati kepada saudara azhar yang anak kesayangannya menghidap penyakit berkaitan dengan masalah buah pinggang. Harap Allah mudahkan segala bebanan nya dan moga dapat ditemui buah pinggang yang bersesuaian. Sekali lagi saya menyeru kepada sesiapa yang membaca blog ni untuk memberi ikrar sebagai penderma organ (sila rujuk artikel derma organ). Semoga usaha murni kita, apatah lagi setelah roh meninggalkan jasad memberi manafaat kepada insan lain meneruskan penghidupan. Soal seksa mayat dan sebagainya adalah urusan Allah jua, dan pastinya Allah itu Maha Adil dan tidak mensia2kan niat ikhlas kita InsyaAllah