Thursday, February 26, 2009

tulang syuhada' palestin berbau wangi-hmetro 26/2/2009

Tulang bau wangi


Oleh Helmy Abd Rahman

helmy@hmetro.com.my

PENGALAMAN...Tun Izhar (kanan) menerangkan gambar yang dirakam

kepada Noorizah.


SUNGAI BULOH: Pengalaman menyaksikan sendiri serpihan daging dan tulang rakyat Palestin yang terlekat di dinding bangunan akibat dibom tentera rejim Zionis menjadi detik paling sukar dilupakan jurufoto The New Straits Times Press (NSTP) Berhad, Tun Izhar Tun Ishak yang berkesempatan membuat liputan secara dekat untuk melihat penderitaan rakyat Palestin di Gaza, baru-baru ini.

“Mulanya ngeri juga melihat daging dan tulang yang sengaja tidak dicuci penduduk tempatan. Bagaimanapun, perasaan saya bertukar daripada ngeri menjadi terharu sebaik melihat dari dekat mayat terbabit.

“Ajaibnya, tulang yang terlekat itu langsung tidak berbau busuk, malah mengeluarkan bau wangi. Mungkin mereka ini termasuk golongan syahid yang dijanjikan syurga.

“Selain itu, satu lagi pengalaman tidak dilupakan apabila terlihat kesan comot seolah-olah palitan coklat pada muka seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang sebenarnya terkena bedilan senjata berisi fosforus,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Pameran Foto Gaza di Restoran Jejantas Sungai Buloh di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang dan Pengurus Besar Plus Expressway Berhad, Noorizah Abd Hamid.

Menceritakan pengalamannya sepanjang berada di bumi Gaza, Tun Izhar berkata, perasaannya bercampur-baur antara takut, sedih dan bersemangat ketika menjejakkan kaki di tempat itu.

“Memang takut dan berdebar ketika sampai di tanah Gaza tetapi saya kuatkan semangat serta tidak putus-putus berdoa kepada Allah supaya diberikan kekuatan untuk menggalas tugasan yang diterima,” katanya.

Menurutnya, pengalaman sekali seumur hidup sepanjang berada di zon perang tidak mungkin dilupakannya hingga akhir hayat.

“Saya bersyukur kerana sempat merakam pelbagai gambar sepanjang berada di sana melalui lensa kamera yang menjadi medium untuk saya berkongsi pengalaman dengan masyarakat negara ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyaksikan pameran berkenaan boleh berkunjung ke Restoran Jejantas Sungai Buloh sebelum 23 Mac depan.

sedikit komentar dari tazkiratunnafsi.......

majalah 3 baru2 ini ada memaparkan bagaimana nurul syuhada dan beberapa rombongan dari malaysia terjumpa cebisan daging syuhada' yang terbakar hangus (kecil sahaja, lebih kecil dari jari kelingking ... pada amatan saya) . daalm siri itu, nurul menunjukkan daging tersebut, menghidu dan menyatakan bahawa daging tersebut berbau harum mewangi. kemudian dengan nasihat salah seorang ahli rombongan itu (kalau tak silap NGO ... pemuda masjid malaysia) , daging tersebut di tanam sebagai menghormatinya...... Allah hu Akbar.... saya sempat mendengar syarahan dari Dr. Jamnur azhar mulkan dari NGO pemuda masjid malaysia..... Allah hu Akbar, beliau dan Dr syeikh muzaffar (angkasawan malaysia yg pernah di fitnah... masya Allah...Dr jamnur... beritahu dr syeikh... telah menggunakan duit poket sendiri utk ke gaza) sempat melakukan beberapa pembedahan semasa di gaza. Beliau menyatakan bagaimana bersemangatnya orang 2 disana dalam menentang kekejaman zionis. Di antara cerita yg masih saya ingat, Dr jamnur telah mengikuti satu pengkebumian (kalau tak silap pesakit beliau). Ibu si mati memohon agar mayatnya di tanam di sisi bapanya yg syahid pada lewat 80 an... (tak silap 1989). semasa proses penggalian, tiba2 secara tidak sengaja, cangkul telah terkena sedikit tubuh ayah beliau (kerana kawasan sempit), dan tidak semena2 darah mengalir keluar... Masya Allah ... Allah masih memelihara mayat pejuang yg syahid... Allahu akbar... semoga Allah memelihara kita ..... dan menyelamatkan kita semua dari kesesatan....Amin ya Allah. Jadikanlah kami Ahli Jannah mu.

Friday, February 13, 2009

Anak menggigil lapar - satu komentar

MasyaAllah, rasa sebak bila membaca artikel di bawah nih. Sedih dan sayu...... dalam kecanggihan dan kedepannya malaysia di arena global, masih ada rakyatnya yang menggigil kelaparan. Dalam laporan itu jelas, menunjukkan betapa lembabnya agensi kerajaan terutamanya JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT, dalam menangani permasalahan ini. Pelik tapi benar, tak selari dengan kenyataan menteri Datuk paduka ngen yen 2 baru2 nih yang mengeluarkan kenyataan JKM mahukan penduduk miskin........kerajaan menyediakan peruntukan mencukupi....... dan mempelawa mereka mendaftar.... Lain benar ..... kenyataan menteri dan tindakan susulan....
Apa masalahnya ni? berbillion2 RM telah di salurkan oleh kerajaan untuk membantu golongan miskin nih..... tapi apa dah jadi nih. ? takkan kelulusan permohonan orang2 miskin tuh mengambil masa berbulan2? Wahai pegawai yang bertanggungjawab.... susah sangatkah nak meluluskan permohonan mereka? ... wahai penggubal dasar..... kenapa anda menyusahkan mereka dengan pelbagai prosedur dan karenah birokrasi? Kadang2 kedengaran suara2 sumbang ... yang peruntukan ada , tapi di songlap .... ataupun ..... tersekat di tengah jalan..... saya tak menuduh ... tapi itulah khabar2 angin ... mungkin tak benar..... dan saya rasa itu hanyalah tuduhan palsu....
Teguran ini juga kepada pusat2 zakat....... prosedur nyer banyak...... kutipan beratus2 juta.... tapi kemana wang itu dibelanjakan? dahlah prosedur rumit sehingga mendapat teguran pelbagai pihak termasuk Dr Asri .......Pernah Dr. Asri mengkritik agensi zakat .... yang mengadakan majlis pemberian zakat..... pemberiannya tak setinggi mana ... tetapi menyusahkan penerima zakat untuk berkunjung ke majlis tersebut ........ termasuk menanggung kos RM ke tempat tersebut....
Ingatlah amanah..... adalah tanggungjawab......... anda akan di persoalkan di akhirat nanti.....

Anak menggigil lapar'

Hmetro 14 februari 2009

JITRA: “Anak-anak saya menggigil menahan kelaparan kerana tidak makan beberapa hari.


“Saya hanya mampu memberikan mereka minum air masak saja,” kata Azmi Abdullah, 51, menceritakan kesempitan hidupnya sekeluarga.

Difahamkan kehidupan keluarga yang tinggal di Kampung Kuala Kerpan, dekat sini, hanya bergantung kepada ihsan penduduk kampung yang prihatin selain mengambil upah membantu jiran.

Azmi berkata, sejak terbabit dalam kemalangan jalan raya lima tahun lalu dia tidak mampu melakukan kerja berat.

Namun, akibat kesempitan hidup dia terpaksa bertungkus-lumus bekerja biarpun dinasihatkan doktor supaya tidak melakukan kerja berat.

“Saya mengambil upah membersihkan rumah, menebas semak, membuat rumah dan sebagainya mengikut permintaan penduduk bagi mendapatkan sedikit wang.

“Saya juga tidak menetapkan harga kepada kerja yang dilakukan sebaliknya menerima apa saja pemberian penduduk.

“Manakala isteri (Mahani Mansor, 50) turut membantu saya dengan mengambil upah mengupas bawang di rumah jiran.

“Purata pendapatan kami berdua hanyalah RM20 sehari. Itupun jika ada penduduk yang memanggil saya atau isteri untuk melakukan kerja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Menurutnya, dia pernah memohon bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tahun lalu, tetapi sehingga kini permohonannya masih belum diluluskan.

“Apapun saya masih bersyukur kerana mampu menghantar ketiga-tiga anak saya ke sekolah dengan bantuan orang ramai. Jika diikutkan hati, saya sudah malu hidup dengan ihsan orang ramai sehinggakan pernah terlintas untuk menamatkan persekolahan mereka namun prestasi pelajaran mereka yang baik menghalang niat saya itu.

“Mana tidaknya, anak sulung saya, Nurhidayah Azmi, 17, yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini pernah mendapat 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), manakala anak kedua, Mohd Firdaus Azmi, 14, sedang belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan anak bongsu, Mohd Naim Azmi sedang belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Ayer Hitam.

“Jika saya tidak beri peluang kepada mereka, tindakan itu adalah tidak adil serta zalim,” katanya.

Azmi berkata, mereka sekeluarga berkemungkinan merempat pada bila-bila masa berikutan rumah yang menjadi tempat berteduh selama ini adalah milik sebuah syarikat di kawasan berhampiran.

“Jika pemilik tanah mengarahkan kami keluar, tiada apa dapat dilakukan. Saya berharap ada pihak yang tampil menghulurkan bantuan sekurang-kurangnya untuk menyempurnakan persekolahan ketiga-tiga anak saya,” katanya.

Friday, February 6, 2009

haramkah menyambut valentine's day? petikan khutbah 6 feb 2009

Kelmarin, khatib menyampaikan khutbah bertajuk mantapkan iman umat cemerlang. Di antara intipati yang menarik perhatian adalah berkaitan dengan isu hari Valentine day. Khatib dengan jelas memetik fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa negara di penghujung 2005 yang dengan jelas menghukumkan haram dalam menyambut Valentine's day. Tapi sayangnya, khutbah tidak menghuraikan dengan jelas alasan pengharaman itu. Ia cuma menceritakan gejala2 yang tidak elok , termasuklah seks bebas di akhir sambutan valentine's day.
Aku bersetuju 100% berkaitan dengan pengharaman itu. Ramai di kalangan mereka yang belum kahwin mengambil kesempatan dari suasana romantik 14 februari untuk melampiaskan hawa nafsu dengan cara yang tidak wajar. Bahkan Valentine's day turut dikaitkan dengan tokoh2 agama dari kristian, dan sehingga keperingkat ada cerita tentang kisah bunuh diri seorang tokoh kristian kerana cinta ............................................. Masya Allah.
(sila baca dihttp://en.wikipedia.org/wiki/Valentine's_Day .... tapi pelik sebab bila nak klik dia akan jadi http://en.wikipedia.org/wiki/Valentine pesal ha? so kalau nak baca type balik Valentine's_Day atau search kat wiki :) )
Allah tidak pernah menghalang sifat kasih sayang sesama manusia. Rasulullah adalah tauladan utama berkaitan kasih sayang dan romantik yang selari dengan kehendak pencipta , bukannya para pencinta yang menjadikan cinta duniawi sebagai panduan hidup. Jangan ditiru pengorbanan si Qais terhadap laila , ataupun Romeo dan juliet. Tapi tirulah pengorbanan dan Doa Abu salamah terhadap ummu salamah, mahupun Rasulullah terhadap isteri2 baginda...
Ya Allah kekalkan dan tambahkanlah kebahagiaan dalam rumahtanggaku, keluarga ku dan rumahtangga seluruh umat Islam. Jauhkanlah kami dari bercerai berai dan melakukan sesuatu yang Engkau tidak redhai... Amin